Khamis, 5 Ogos 2010

PENGENALAN - AKU

Aku
Seorang anak kampung
Yang datang demi sesuap nasi
Ke sebuah Kota Metropolitan
Yang penuh dengan ragam

Aku
Tanpa sebarang sijil atau ijazah
Ingin berdiri sama tinggi
Dan duduk sama rendah
Dengan golongan atasan
Tanpa bodek & rasuah

Aku
Aku Adalah aku
Dan bukan orang lain yang hendak engkau ciptakan
Aku tetap dengan caraku
Jika engkau inginkan ku
Terimalah aku seadanya...

Assalamualaikum wbt

Blog pertama yang bakal menceritakan kisah hidupku ini telah lama tersemat cita-cita untuk dipaparkan di dada sesawang.... Namun ianya terbantut dek kerana kesibukan mengejar cita-cita orang lain.

Semoga kalian akan mendapat ilmu dari perkongsian diari ini, jadikanlah sempadan apa yang tak elok yang telah berlaku...

Silalah komen jika kamu punyai sebarang persoalan atau sebagainya yang terbuku di hati...

Salam perkenalan dari Aku yang bernama Rumm Zhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan