Jumaat, 6 Ogos 2010

Khutbah Jumaat

Hari ni aku bersolat Jumaat di Masjid Kem Wardibun, Setapak, Kuala Lumpur. Aku sampai lebih awal dari azan khutbah, syukur... sempat jugak wat solat sunnat tahyatul masjid.

Tajuk khutbah pada hari ini "Kegawatan Kiamat" yang disampaikan oleh Khatib (lupa nama dia). Hari dalam sejarah, apabila aku tak dapat mengawal emosi bermula dari waktu doa antara dua khutbah.... Aku menangis tidak berhenti-henti (tapi tetapi kontrol Macho, takut org nampak). Aku menangisi dosa yang telah aku lakukan selama aku hidup yang memungkinkan aku tidak sempat untuk bertaubat.

Sesungguh Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,... sejak seminggu lalu aku terus dihujani oleh rezeki yang tidak pernah putus... Aku bersyulur kepadaMu Ya Allah kerana memberikan kemudahan kepadaku meneruskan perjalanan ini...

Patutlah semalam aku rasa sedikit kelainan,.. aku tetiba jadi pendiam,.. makan tak lalu,... mandi tak basah.... Rupanya hari ini aku diterima kembali untuk menikamti "Khusyuk Dalam Sembahyang" seperti dahulu,.. Alhamdulillah...

***Semoga disuatu hari nanti Allah akan ketemukan aku dengan jodohku seperti janjinya di mimpi Ishtikarah ~ Amin****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan