Ahad, 29 Ogos 2010

MUHASABAH

Tergerak hati nak menyusuri laman blog mu tadi,... erm, sememangnya kamu tak pernah cuba menerima kekhilafan sendiri... dan masih lagi ingin menunding jari terus kepadaku.. Teruskanlah sehingga kamu rasa puas di hati...

Aku hanya seorang insan yang inginkan kebahagiaan, perlukan seorang pendamping bila malam menjelang... hauskan belaian bila ketandusan....

Namun sejak ku kenali dirimu dulu,.. semua tu telah ku perolehi,.. dan aku sangat senang dengan itu,. Aku sangat bersyukur..... Tapi,....

Akhirnya aku dipersalahkan bila mula menegur kesilapan,... Kamu mula mencari kesilapanku sebagai alasan,.. Apakah semua itu tak kau ingat atau hiraukan?? Telah ku bersumpah setia.... sanggup mengkafirkan diri jika sumpah setiaku itu bohong,...

Tapi apakah kamu akan percaya??

Sikap rajukmu yang keterlaluan pendorong perpisahan ini,... Sedang kau tahu yang aku bukan pandai untuk mujuk,,,,, Seminggu lamanya aku cuba perbaiki teknik memujuk yang tak pernah dalam hidupku wujud perkataan memujuk..... tapi apakah kamu hargai??

Mungkin dengan cara mendeletekan aku dari rakan Fesbuk disambung dengan meminta kengkawan kamu juga mendelete aku,... Seterusnya tak puas dengan itu kamu blok aku dan rakan2ku.... memang sikap yang kejam yang tak pernah terfikir olehku untuk lakukan ke atasmu...

KAMU TAHU TAK YANG AKU SENTIASA MENDOAKAN KEKUATANMU?? SEMANGATMU?? KESIHATANMU?? PERHUBUNGAN KEKELUARGAANMU?? KISAH LALU MU?? sehinggakan aku sendiri terlupa akan tanggungjawabku sebagai seorang bapa kepada 3 anak...... semata-mata kerana kesetiaan citaku padamMu??

Ahhh... kamu memang tak akan cuba memahaminya,... hanya dirimu sahaja ingin difahami,...~

Jika kamu rasakan kita tak perlu meneruskannya,..terpulanglah.... setelah ranjau dan duri kita harungi bersama,.. sehingga ke tahap ini,.. dan kamu menarik brek tangan begitu sahaja,.. rasanya tak berbaloi~ sangat tak berbaloi.....

::AKU TAK PERNAH BERDENDAM DENGAN MU KERANA AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH TAALA, BUKAN KERANA NAFSU ATAU KECANTIKANMU::

::AKU MOHON DARIMU, BUANGKAN LAH SIFAT EGO, RIAK (AKAN KECANTIKAN), ANGKUH (DALAM PERCAKAPAN) DAN RENDAHKANLAH HATI DAN DIRI UNTUK TERUS HIDUP AMAN DAN MAKMUR SEBAGAI WANITA SOLEHAH DAN SEBAGAI ISTERI YANG BERIMAN::

::AKU TETAP BERDIRI DISINI MENUNGGU KAMU DATANG KEPADAKU SEPERTI AINUL MARDHIAH YANG BARU LAHIR, YANG TIDAK ADA SIFAT DENDAM, RIAK, ANGKUH, SOMBONG.... BERCAKAP-CAKAP PERKARA YANG TIDAK MENIMBULKAN KEMARAHAN SEPERTI WAKTU AKU MULA MENGENALI MU DULU::

::AKU AKAN TERUS MENYINTAIMU WALAU KITA TIDAK MUNGKIN AKAN BERSATU::


Tiada ulasan:

Catat Ulasan