Sabtu, 7 Ogos 2010

KEKECEWAAN

Tiada tempat yang aku mampu luahkan kekecewaan ini selain darimu Ya Allah.

Awal tahun 2009 selepas menerima tawaran untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat Multinasonal dari Thailand akhirnya terjalinlah hubungan duahala antara Malaysia & Thailand di dalam membekalkan produk berasaskan herba.

Produk yang sangat luarbiasa itu bakal menemui rakyat Malaysia yang mengalami penyakit kanser dan AIDS.

Aku telah membuat promosi meluas untuk memasarkan produk tersebut, banyak wang telah dibelanjakan untuk memastikan produk tersebut sampai kepada pengguna dan mampu menyelamatkan lebih ramai rakyat Malaysia.

Namun disebabkan ketamakan rakan kongsiku, projek tersebut telah terbengkalai. Rakan kongsiku telah menikam aku dari belakang dengan membocorkan rahsia perniagaan kami kepada mentuanya. Akhirnya mentua beliau telah berjaya memotong line ku yang telah hampir 5 bulan diusahakan.

Memang pada masa itu, ianya bukan rezekiku. Tapi Allah kembalikannya kepada ku setelah beberapa bulan kemudian. "Mentua" rakan kongsiku telah kembalikan "hak" aku dengan menawarkan untuk aku bekerja dengannya dan mengongsikan ilmu pemasaran ku kepadanya. Namun aku menolaknya dengan alasan aku sibuk dengan tugasan harian.

Hari ini 7 Ogos, sekali lagi aku mengharapkan sesuatu yang telah lama aku usahakan akan berhasil. Dengan menerangkan kelebihan produk tersebut kepada pelabur di Malaysia (majikanku)... Sekali lagi "mentua" tadi telah merosakkan rancanganku untuk mendapatkannya kembali.

Aku sungguh kecewa...

Apa dosa ku yang telah aku lakukan padanya pun aku tak tahu,.. sedangkan aku sentiasa membantunya untuk memajukan perniagaannya sebelum ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku insan yang lemah di sisi MU. Bantulah aku,.. tolonglah aku... Sekiranya itu adalah rezeki ku, dekatkanlah ia kepadaku,.. akan tetapi jika itu bukanlah rezekiku,.. hilangkanlah ia dari pandanganku agar terhakis perasaan marah dan kecewaku terhadap saudara seislamku yang telah merosakkan perniagaanku itu. Ampunilah dia dan tunjukkan lah jalan yang benar kepadanya dan kepadaku Ya Allah... " Amin ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan