Sabtu, 26 November 2011

E-mail Yahoo ~ Spamming


Lama betul tak buka e-mail Yahoo. Sejak dari akaun facebuk aku kena hack sampai hari ni baru aku bukak balik. Menimbun e-mail2 yang tak dibaca, so kepada sesiapa yang pernah hantar e-mail ke akaun e-mail yahoo aku,. aku mintak maaf banyak-banyak kerana tak membalasnya.

Sedang asyik aku membelek, aku ternampak satu nama yang agak popular la dalam frenlist aku nih,.. Namanya Aishah Binti Abdullah. Aku ingatkan kawan aku yang tinggal di Thailand tu.. Dia orang Kg. Baru KL jer,.. kawin ngan pemain bola sepak Thailand. Pakai dua nama, satu nama Azlin dan lagi satu nama Aishah.

Bila aku bukak jer e-mail tersebut... terkejut gak bila membacanya,.. Seolah aku dah menjadi seorang Jutawan segera... Namun hati aku berkata,.. ini semua tipu muslihat di internet saja seperti yang pernah geng Afrika buat suatu ketika dulu. Dijanjikan duit berjuta2 pound sterling tapi at the end kita lak nak kena bank in wang proses kat derang. Ada yang kena RM10k ada yang sampai RM50k....

Korang nak baca ayat dalam suratnya??? Nah aku copy & paste kat sini...

" Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan.Aishah Binti Ibrahim from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan.Aishah Binti Ibrahim.
Reply to: puan.aishah1@hotmail.my "

So, aku nak nasihatkan kepada sahabat sekelian, agar jangan lah tertipu dengan Pishing seperti ni.. Nak kaya, berusahalah.. InsyaAllah korang semua jugak boleh kaya.. Tapi yang paling penting kena tau sapa yang kasi korang kaya... Allah swt.

Itu jer dulu coretan aku petang ni,... Dan dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 H kepada semua kawan-kawan aku samada di fesbuk atau di blog aku... (http://diarirummzhu.blogspot.com)

Ceria-ceria selalu ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan