Rabu, 12 Januari 2011

Ketahuan

Setelah aku berjanji pada diriku yang aku tidak akan mensia-siakan hidupnya, akhirnya aku terpaksa akur dengan pendirian dirinya.

Dia semakin jauh dariku. Sangkaanku dia ingin mengajarku erti sabar dan belajar bertenang. Namun semua sangkaan ku salah.

Rupa-rupanya, dia sudahpun berteman. dan orang yang sekarang telah menjadi buah hati pengarang jantungnya adalah Ahli Kelab VolkWagon Selangor.

Sedari dulu lagi aku menyedari kewujudan perasaannya itu kepada mamat tersebut. Tetapi di setiap soalanku akan menjadi punca perbalahan. Baginya, mamat tu adalah seorang sahabat yang boleh membantunya menyelasaikan masalah hati. Bagi aku, jika hanya sebagai sahabat, aku tak pernah kisah pun, tapi akhirnya bila aku cuba membelek Blognya untuk mengetahui perkembangan cita-citanya sebagai model Muslimah yang telah aku rancangkan sebelum ini, aku sedari bahawa salah satu komen di salah satu coretannya terdapat satu ayat Cinta Luahan Si Kekasih ~ mamat Volkswagen.

Bila aku juga memberikan komen, kelihatan dia mula memadamkan semua komen2 dari mamat tu... mungkin dengan niat untuk tidak mahu aku tahu dia sudah mulai ceria dan gembira bertemankan mamat tu...

Apapun, bagiku.. Apa yang telah aku korbankan dan aku perbuat untuk dirinya adalah tanda sucinya CINTAku pada dirinya,..

Aku amat berharap, Allah sahaja yang membalas seikhlasan yang telah ku berikan kepadanya,.. dan aku juga berharap Allah terus menerus tunjukkan bukti dan merungkai segala keraguanku.

Pesanan Untuk Mu Sang Kekasih: Akan aku simpan cintamu itu sampai ke hujung waktu dan akan ku simpan segala janjiku dan janjimu di dalam diari hidupku,.. Aku berharap kita akan bertemu lagi di kelahiran yang lain,.. InsyaAllah ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan