Rabu, 15 September 2010

Raya 2010



Tahun lepas aku beraya bersama buruh Indonesia dan buruh Bangladesh... tapi kali ni aku bersyukur sangat-sangat kerana dapat beraya bersama-sama keluarga. Proses penamatan dendam telah berakhir pada raya tahun ni... Alhamdulillah..

Dikesempatan ini,.. ingin ku ucapkan jutaan terima kasih kepada orang yang sentiasa di hati kerana telah sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanku... Semoga kamu juga berbahagia di Raya tahun ni.... Juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Keluarga Besar Dunia Herbs kerana merealisasikan impian untuk pulang beraya di kampung bersama-sama anak2 tercinta...

Sungguh terharu dan bersyukur sekali kerana semua doa yang telah dipohon selama ini telah dimakbulkan Allah swt....

Antara aktiviti yang telah aku jalani sewaktu Raya tahun ni selain dari melawat saudara mara ~ aktiviti yang aku sendiri tak pernah terfikir iaitu "MEMANCING DI LAUTAN"... ehekss... :)


Syukur gak la sebab tak mabuk laut walau tak pernah ke laut sebelum nih,.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan